PENGENALAN
Selama 20 minggu menjalani Latihan Industri di
Hospital Raja Permaisuri Bainun sedikit sebanyak telah mendedahkan saya ke alam
pekerjaan sebenar. Daripada tempoh 30 November 2015 hingga 15hb April 2016,
saya ditempatkan di Unit Teknologi Maklumat dan penyelia saya , En Ibrahim Bin
Abdullah sebagai pemimpin yang mengajar pelajar Latihan Industri.
Selama 5 bulan disini banyak yang telah saya
pelajari dan telah diperolehi semasa menjalani Latihan Industri dalam bidang
‘Programming’ dan ‘Multimedia’ ini. Secara ringkasnya serta menyeluruh dapatlah
saya menerangkan tugas saya sepanjang tempoh Latihan Industri ini secara
mingguan.
MINGGU 1 - MINGGU 5
MINGGU 1
(30/11/2015-4/12/2015
|
- Melaporkan diri di Unit Teknologi Maklumat.
- Melawat di sekitar kawasan Hospital Raja Permaisuri Bainun.
- Membantu memasang Bar Code Scanner di setiap wad di HRPB.
- Belajar cara untuk menguruskan stor simpanan Catridge.
- Belajar menangkap gambar " Fokus objek and Blur "di sekitar HRPB.
|
MINGGU 2
(7/12/2015-11/12/2015)
|
- Membuat sistem List for inventory system.
- Menukar ink/ catridge di Unit Rekod.
Menukar ink Hp di Unit Rekod
- Menginstall software Adobe Dreamweaver menggunakan internet.
Memuat turun "Adobe Dreamweaver" ke dalam komputer.
- Belajar cara menggunakan Adobe Dreamweaver untuk membuat sistem Inventory.
|
MINGGU 3
(14/12/2015-18/12/2015)
|
- Membincangkan tentang sistem e_Aduan.
- Menolong staff menghantar surat di Pigeon Hold HRPB.
- Mengambil barang seperti Catridge/ink, toner dan sebagai di Stor Unit IT.
Memberi ink kepada nurse wad 6A
- Membuat persiapan untuk khursus PhIS di Auditorium HRPB.
|
MINGGU 4
(21/12/2015-25/12/2015)
|
- Membuat penerangan untuk sistem yang baru iaitu sistem e_Aduan.
- Menolong staff mengemas stor penyimpanan catridge.
- Cuti Maulidul Rasul.
- Cuti Perayaan hari krismas.
|
MINGGU 5
(28/12/2015-31/12/2015)
|
- Menginstall software Pencil untuk melakar interface bagi Sistem e_Aduan.
Melukis interface menggunakan software "Pencil"
- Mengemas komputer yang hendak dilupuskan dan yang tidak boleh digunakan lagi.
- Membuat interface bagi sistem e_Aduan.
- Setiap pagi akan membentangkan perkembangan terawal tentang sistem yang saya akan lakukan.
|
MINGGU 6 - MINGGU 10
MINGGU 6
(4/1/2016-8/1/2016)
|
- Mengambil barang di stor seperti Catridge/ink.
- Belajar menggunakan software Photobook untuk mengedit gambar untuk membuat photobook sebagai hadiah persaraan Ketua Jabatan Unit It Puan Zuliza.
Mengedit gambar Puan Zuliza
- Membuat membentangan di Bilik Mesyuarat yang dinilai oleh Penyelia saya iaitu En.Ibrahim.
- Membuat sistem e_Aduan dan memperbaiki sedikit kesalahan yang ada pada sistem tersebut.
|
MINGGU 7
(11/1/2016-15/1/2016)
|
- Membentangkan semula mengenai sistem e_Aduan yang telah diperbaiki semula.
- Membuat minit mesyuarat setiap kali lepas membuat pembentangan.
Membuat Minit Mesyuarat selepas pembentangan
- Mengemaskini buku laporan mingguan.
|
MINGGU 8
(18/1/2016-22/1/2016)
|
- Mempelajari cara penggunaan mobile application.
- Mengemas stor, meletakkan catridge pada kategori yang betul.
- Membetulkan page lagout untuk dicetak.
- Memasang Bar Code Scanner dengan betul.
|
MINGGU 9
(25/1/2016-29/1/2016)
|
- Cuti Perayaan Thaipusam.
- Membetulkan table di PHP MYADMIN.
- Memperbetulkan semula link di PHP MYADMIN.
- Memasang Bar code scanner untuk taklimat " Penggunaan Bar Code Scanner" di setiap wad.
|
MINGGU 10
(1/2/2016-5/2/2016)
|
- Mengambil barang di stor seperti Catridge Canon 312, Hp Laserjet dan Dell 2330dn.
- Mengemaskini Refleksi Laporan Mingguan.
- Melakukan scan virus di pendrive untuk mengelakkan fail menjadi shortcut.
Scan Virus untuk membuang shortcut
|
MINGGU 11 - MINGGU 15
MINGGU 11
(8/2/2016-12/2/2016)
|
- Cuti tahun baru cina.
- Menyemak semula link database bagi sistem e_aduan.
Membuat link database di PHP MYADMIN
- Menginstall PHP Maker untuk generate sistem yang akan dibangkitkan.
Menginstall " PHP Maker" di komputer.
- Menghantar surat ke Jabatan Patologi, Pediatrik, Sajian dan Radiologi.
|
MINGGU 12
(15/2/2016-19/2/2016)
|
- Membuat statisstik borang aduan SPP, mengikut wrong despatch date, wrong discipline dan no movement.
- Menyusun borang SPP mengikut bulan dan tahun.
Menyusun borang SPP
- Menyusun dan mencetak borang Inventory yang tiada salinan.
Fail inventory yang telah disusun
- Membuat dialog untuk skesta internet dan merekod suara untuk skesta kartun tersebut.
|
MINGGU 13
(22/2.2016-26/2/2016)
|
- Mencari tutorial membuat blog untuk Laporan Akhir Latihan Industri.
- Merujuk blog yang disyorkan oleh Pensyarah Politeknik Balik Pulau (PBU).
- Mengumpul isi-isi penting untuk Laporam Akhir Latihan Industri.
Merujuk tutorial blog
- Menampal sticker pada setiap kerusi hijau di Unit Teknologi Maklumat.
Menampal stiker dikerusi
|
MINGGU 14
(29/2/2016-4/3/2016)
|
- Mengecop cop jari pada setiap Unit dan pada setiap surat.
- Menghantar surat mesyuarat di Pigeon Hold pada setiap Unit di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
- Memasang PC di Bilik Latihan 2 untuk kegunaan Taklimat SPP.
- Mengemas stor dan menambah bilangan Catridge di stor.
Menyusun catridge di tempat yang betul
- Memotong bar code di kotak Catridge Hp .
|
MINGGU 15
(7/3/2016-11/3/2016)
|
- Membuat shortcut google ke BLESS, HRMIS dan SPP HRPB di Unit CSSD.
- Membuat jadual menggunakan Powerpoint untuk pegawai yang On Call.
Jadual On Call
- Menukarkan ink Fuji Xeror yang sudah habis.
Menukar ink photostat yang baru.
- Menghantar surat mesyuarat kdi Unit Hasil.
|
MINGGU 16
(14/3/2016-18/3/2016)
|
- Menginstall printer driver jenis Dell 2330db Laserjet untuk print di Unit PCU.
- Memasukkan nama di dalam Sistem e_Kehadiran untuk Program"Customer Delight" di Auditorium HRPB.
Memasukkan Nama, jabatan ke dalam sistem untuk kehadiran.
- Menjaga kaunter Pendaftaran untuk Program "Customer Delight".
Menjaga kaunter pendaftaran.
- Memasang Laptop dan Projektor di Bilik Latihan 1 untuk Taklimat Sumber Manusia.
|
MINGGU 17
(21/3/2016-25/3/2016)
|
- Photostat surat untuk program SPP dan menghantar surat di Pigeon Hold yang telah disediakan di HRBP.
- Mengemaskini buku refleksi Latihan Industri dan menampal gambar di ruang lakaran.
- Mengemas stor di Unit Teknologi Maklumat dan membuang tanda scanner code di kotak catridge.
Memotong Bar Code di kotak catridge.
- Mengemas fail untuk ASET ICT, Unit Teknologi Maklumat. Menyusun mengikut nombor siri pada surat tersebut.
- Membuat shortcut "ANM" di Unit CSSUuntuk penyata gaji.
|
MINGGU 18
(28/3/2016-1/4/2016)
|
- Mengira stok barang yang telah dikeluarkan di dalam stor Unit Teknologi Maklumat.
Mengira stok barang yang keluar
- Menghantar Bar Code pada peserta yang terlibat dalam kursus PhIS di Dewan Kolej Kejururawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Bar Code
- Menggambil kedatangan peserta dengan scan Bar Code menggunakan Mobile Application QR Code .
Mobile apps QR code
|
MINGGU 19
(4/4/2016-8/4/2016)
|
- Membetulkan Bar Code Scanner di Wad 4C ( cable usb tidak berfungsi dengan baik).
- Menghantar borang untuk program PhIS di Unit Farmasi Utama Hospital Raja Permaisuri Bainun.
- Menghantar Borang Manual Orthopedik Devices ke wad ortho (Wad 4A, WAD 4B dan Wad 5A) kerana sistem itu di hide kan buat sementara waktu untuk membaikpulih sistem tersebut.
- Membetulkan PC di Bilik Latihan 1, internet tiada connection network .
- Mengemas stor Unit IT dan mengambil barang di stok seperti Ribbon dan datamax untuk keperluan Wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Datamax yang digunakan di wad HRPB
|
MINGGU 20
(11/4/2016-15/4/2016)
|
- Membuat shortcut Bless dan HRMIS di Unit PCU.
- Menambah catridge yang sudah habis didalam stor.
- Mengemaskini Blog, Laporan mingguan dan Buku refleksi Latihan Industri.
- Menanggal semua suis komputer di Bilik Latihan 2 untuk menukar komputer yang baru.
 |
Komputer yang lama disusun mengikut Nombor yang sama dengan CPU. |
 |
Wayar komputer, Tetikus dan Keyboard disimpanan di Bilik "Acer" |
- Membuat jamuan perpisahan bersama staff di Unit Teknologi Maklumat HRPB.
|
saya ingin berbagi dengan Anda semua tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari perusahaan pinjaman yang sangat baik dan jujur yang terdaftar di Amerika Serikat, karena saya melamar sebagai pinjaman awal, saya butuh beberapa dokumen untuk memenuhi persyaratan mereka tetapi insya Allah saya berhasil dan bekerja dengan lancar sebagai pengusaha. hubungi whatsapp: +18632310632 / pedroloanss@gmail.com untuk semua jenis bantuan keuangan seperti pinjaman dan fasilitas investasi.
ReplyDelete