Thursday, 18 February 2016

LAPORAN TEKNIKAL

TUGASAN 1 : MEMUAT TURUN DREAMWEAVER

PENGENALAN :

Adobe Dreamweaver adalah program yang digunakan untuk membuat atau menyunting halaman web. Software Dreamweaver dikeluarkan oleh Adobe System. Aplikasi ini banyak digunakan oleh para programmer, desainer dan developer web kerana terdapat banyak kemudahan didalamnya .


1. Buka folder Master Dreamweaver SC5, kalua dalam bentuk RAR atau ZIP keluarkan dulu dari Archieve dengan cara exstract.



2. Cari file dengan nama Dreamweaver CS5, kalau dalam bentuk RAR atau ZIP exstract lebih dulu.



3. Kemudian klik 2 kali file aplikasi Dreamweaver CS5 .

4. Kemudian dialog folder penyimpanan, klik NEXT .

5. Kemudian proses persiapan install, tunggu sampai proses preparing selesai .


6. Kemudian kemudian proses initializing, tunggu sehingga selesai.



7. Kemudian kemudian dialog Welcome, sila pila ACCEPT .


8. Kemudian keluar dialog SERIAL NUMBER, masukkan nombor siri, kemuadian pilih Bahasa yang mahu digunakan dan seterusnya klik NEXT .


9. Kemudian pada dialog Install Option, sila pilih INSTALL .


10. Seterusnya keluar dialog INSTALLATION PROGRESS, tunggu sehingga selesai.


11. Kemudian keluar dialog terakhir, klik DONE.


12. Sekian selesai intall Dreamweaver. Sekian terima kasih.


TUGASAN 2 : INSTALL WINDOW 10
1) Buka website microsoft ni Windows 10.
Nanti akan keluar macam kat bawah ni, Pilih la ikut laptop/pc korang tu versi 32 bit atau 64 bit. Kemudian download.



2) Dah siap download. Cari file yang dah didownloadkan tu dan klik pada installer. Selepas installer dah siap download, rupa installer tu akan jadi seperti ini( dalam bulatan merah) :-




3) Selepas klik pada 'MediaCreation Tool' ianya akan keluar seperti didalam gambar dibawah .



What do you want to do?
a) upgrade this PC now
b) create installation media for another PC

a) Jika pilih 'upgrade this PC now' - dia akan upgrade terus PC ke windows 10. Cara ni paling mudah. Tidak perlu menggunakan pendrive atau sebagainya untuk upgrade ke windows 10 itu. Tunggu sehingga selesai,

Cara a) habis kat sini.

b) Jika pilih 'create installation media for another PC' - ini akan download file installer windows 10 (windows 10 ISO). Pilih cara ini jika hendak install windows 10 menggunakan  pendrive.

Selepas klik 'Next' ianya akan keluar seperti dibawah.


4) Select language, architecture and edition
Language : English (United States)
Edition: Windows 10 Home
Architecture: 32bit, 64bit, Both

Edition itu sila pilih ikut windows yang Versi PC anda gunakan sekarang. Untuk mengetahui windows versi apa yang anda guna, sila klik kanan pada 'My Computer/This PC' --> 'Properties'. Kemudian tengok edition/versi yang mana.

Anda boleh pilih untuk download edition yang mana dan boleh rujuk pada gambar dibawah ini:


Jika hendak pilih architecture yang mana ikut versi PC anda 32/64 bit. Jika tidak tahu hendak pilih mana, cuma pilih 'both' tetapi besar sikit saiz downloadnya nanti.

Setelah selesai memilih, klik 'Next' dan akan keluar seprti ini :-



5) Choose which media to use
a) USB flash drive
b) ISO file

a) Kalau pilih 'USB flash drive' -  Anda hendaklah mencucuk pendrive kerana cara ini akan transform pendrive anda kepada installer windows 10. Selepas itu boleh guna pendrive ini sebagai installer windows 10.

b) Kalau pilih 'ISO file' - Seperti download file dari internet seperti biasa, tidak perlu ada pendrive ketika ini. Kerana nanti akan ada file installer(ISO) didalam PC anda. Kemudian, nanti barulah masukkan file ini ke dalam pendrive dan transform pendrive itu menjadi installer windows 10
Selepas tekan 'Next' akan keluar seperti ini:-


6) Downloading Windows 10
Progress: 0%

Tunggu sehingga selesai download.

7) Selepas selesai download, file itu akan berbentuk seperti ini (highlight kuning) :




Dah sampai sini anda ada 2 pilihan iaitu:
a) Terus klik ke file installer  dan install windows 10
b) Masukkan installer ini ke dalam pendrive.

Kalau ikut cara a) akan jadi seperti ini:-

Klik pada file installer(ISO) dan save sebagai 'Windows 10 Home 64 bit'  seperti diatas ini. Selepas klik akan keluar seperti ini:

Kemudian klik pada 'setup' dan install windows 10.










Tunggu sehingga selesai install/upgrade windows 10. Dan PC anda akan berfungsi sebgai window 10.


TUGASAN 3 : MENGEMAS FAIL ASET

Saya telah melakukan kerja mengemas dan menyusun fail aset-aset  di Unit Teknologi Maklumat Hospital Raja Permaisuri Bainun. Saya telah melakukan kerja ini bersama seorang pelajar praktikal dan seorang staff pejabat.

Menyusun form mengikut Nombor aset.

Membetulkan susunan nombor yang salah kepada susunan yang betul.

Menyemak semula susunan yang telah disusun.

Fail pengurusan Aset

Kerja menyusun fail aset telah disiapkan.


Tujuan fail aset ini disusun adalah untuk memudahkan pencarian . Ia juga menjimatkan masa dan memudahkan kerja pencarian dan menampakkan lebih teratur dan bersistematik .













Tuesday, 16 February 2016

RUJUKAN

RUJUKAN :

1. Buku garis panduan dan laporan latihan industri.

2. Laman Web Google :

https://www.google.com/?gws_rd=ssl

3. Laman Web HRPB :

http://hrpb.moh.gov.my/v2/index.php

4. Laman Web :

http://syawalmuhd.blogspot.my/2014/04/cara-membuat-menu-button-dalam-blog.html

DAPATAN DAN CADANGAN

PENGENALAN

Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Berpandukan kepada Objektif Progam Latihan Industri memang mempunyai kebaikan yang lebih daripada keburukkannya.

Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri  ( LI ) di syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini. Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 20 minggu menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek. 


PENDAPAT DAN CADANGAN YANG TELAH SAYA SENARAIKAN IALAH :


1.  Di sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran professional iaitu dalam mengenal pasti tugas - tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat melihat bagaimana seorang programmer dapat memainkan peranannya.

2.   Hubungan yang agak baik antara saya, rakan – rakan dan kakitangan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh  telah mewujudkan suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.

3. Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam menggabungkan pengetahuan-pengetahuan atau teori-teori yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan harian supaya ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita. Hasilnya apa yang telah dipelajari semasa di Politeknik Balik Pulau ( PBU) dapat membantu saya dalam mengenai kerja-kerja yang menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Dreamveaver , PHP Maker, Multimedia,  Voice act dan kerja - kerja lain.

   
CADANGAN-CADANGAN KEPADA PIHAK POLITEKNIK DAN FIRMA :  

Saya juga memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan. Antaranya ialah :

1.    Pihak politeknik haruslah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa para pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Dengan ini, dapat menjalinkan perhubungan yang lebih erat antara pihak Politeknik dan Organisasi. Pihak Organisasi lebih mudah untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan Industri di tempatnya. Perkara ini mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara organisasi dan politeknik.

2.   Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop pembelajaran sesetengah kursus yang di Politeknik. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas. Hal ini akan memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas-tugas yang berkaitan dengan kursus kami supaya kita tidak menyimpang daripada kursus kita. Menyediakan tempat-tempat khas bagi pelajar untuk menjalankan latihan industri di syarikat ini dengan teratur dan jayanya.

3.  Syarikat atau firma juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar. Justeru pihak firma seharusnya menyediakan peluang pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar. Pihak firma juga seharusnya menyediakan sebarang bentuk ganjaran di atas tugasan yang dilakukan oleh mereka. Dengan adanya ganjaran atau tunjuk ajar yang berkesan dari pihak firma itu sendiri dapat menyemarakkan lagi semangat pelajar dan dapat juga menarik minat mereka terhadap bidang tersebut.

4. Selain itu, pihak syarikat atau firma perlulah menitik beratkan tentang permasalahan pelajar sepanjang menjalani sesi Latihan Industri ( LI ). Memandangkan pelajar masih baru di alam pra pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Sekiranya tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar menganggap pihak pengurusan firma syarikat tidak mengambil berat terhadap kerja yang mereka telah laksanakan. Setiap pelajar harus diperhatikan oleh seorang penyelia. Penyelia tersebut bertanggung jawab untuk membantu pelajar menjalankan latihan industri dengan menunjukkan tunjuk ajar sebagai bimbingan kepada pelajar yang menjalankan latihan industri sepanjang 6 bulan.

DEDIKASI DAN PENGHARGAAN

DEDIKASI


Khusus untuk bonda tersayang iaitu Puan Konira Bt Rahim dan ayahanda Encik Zainal Amri Bin Mohd Razali serta seisi keluarga yang telah banyak memberikan sokongan, dorongan dan nasihat kepada saya, tidak lupa juga kepada warga Unit IT Hospital Raja Permaisuri Bainun telah memberi peluang saya membuat latihan praktikal disini. Tanpa rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Balik Pulau, dan saudara-mara terdekat yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan laporan inisentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.”


“JASAMU DIKENANG”

PENGHARGAAN


Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah di berikan kepada saya, akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama hampir 5bulan seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Terlebih dahulu, saya Nur Khairunnisa Binti Zainal Amri (21DIP14F1069) dari jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) , Ipoh kerana dengan murah hatinya mengizinkan saya mengambil kesempatan yang amat berharga ini untuk menjalani program Latihan Industri. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Unit IT HRPB dan banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam tempoh 20 minggu berada di Unit IT HRPB.

Bahagian Teknologi Maklumat, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Jikalau di Politeknik Balik Pulau, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di Unit IT HRPB, disamping menambah ilmu didalam bentuk teori, saya turut terdedah kepada bentuk praktikal di mana saya dapat mempraktikkan segala pengetahuan yang saya ada.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Encik Ibrahim Bin Abdullah kerana sudi menerima saya menjalani Latihan Industri di Unit IT HRPB, Ipoh. Beliau banyak memberikan nasihat, dorongan dan kata-kata peransang kepada saya. Tidak lupa juga kepada ahli majlis di Unit IT HRPB yang sudi memberi tunjuk ajar, nasihat, bekerjasama dalam urusan kerja seharian dan kata-kata peransang yang tidak mungkin akan saya lupakan. Tidak lupa juga, kepada keluarga tercinta ibu ayah, tanpa sokongan anda, saya tidak mungkin berjaya dalam menjalankan Latihan Industri ini.  

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pinang di atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh mereka dalam menyediakan Buku Laporan Industri ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini.


Sekian, terima kasih.

PENUTUP

1. KESIMPULAN


Setelah saya menjalani latihan industri di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saya telah mengetahui dan mempelajari alam pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya saya amat bangga dengan apa yang saya pelajari dan saya bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan industri ini dengan pengalaman yang amat berguna untuk masa depan. Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang baru, malah ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya menjalani alam pekerjaan yang sebenar.


    Selain itu, saya juga ingin membuktikan bahawa apa yang mempelajari di dalam kelas amat berguna bagi menempatkan diri di dalam alam pekerjaan sebenar kelak. Pelajar juga akan lebih menyedari bahawa pentingnya subjek yang dipelajari sebagai pegangan dalam meneruskan cita-cita yang ingin dikehendaki walaupun teori yang dipelajari tidak semestinya sama dengan yang dilakukan sewaktu tempoh latihan industri namun kesungguhan dan semangat amat penting sebelum menceburi diri di alam pekerjaan.


    Banyak ilmu yang saya perolehi ketika menjalani program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang diterapkan dan dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk melangkah ke alam pekarjaan nanti. Latihan ini banyak membimbing pelajar yang tidak mengetahui akan kos tambahan yang diambil dan dipelajari semasa di Politeknik.



    Pada kesimpulannya, latihan industri sememangnya program yang amat baik dan dapat melahirkan potensi kepada pelajar untuk lebih berkualiti di dalam bidang yang mereka ingin ceburi pada masa kini. Semasa latihan juga, saya telah merasai bagaimana suasana sebenar di alam pekerjaan, serta hubungan yang baik iaitu saling bantu - membantu dan berkerjasama di sepanjang saya menjalani latihan industri.

2. PENGAKUAN PELAJAR





LATAR BELAKANG

1. LATAR BELAKANG HRPB


Sejarah Hospital Raja Permaisuri Bainun bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital Daerah dengan dikenali sebagai Hospital Ipoh dengan kapisiti sebanyak 50 buah katil sahaja. Kemudian, Hospital ini dinaiktarafkan sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Bangunan utama 8 tingkat siap dibina pada tahun 1980. Pembangunan lain termasuk Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005). Pada Khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar daripada Hospital Ipoh ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Terkini hospital ini merupakan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketiga terbesar selepas Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang dengan kapasiti 990 buah katil, 16 dewan bedah, 16 katil unit rawatan rapi dewasa, 8 katil unit rawatan jantung, 17 katil unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) dan 20 katil unit rawatan neonatal.

Hospital ini menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam semua bidang kepakaran asas dan juga sub kepakaran seperti nefrologi, perubatan respiratori, hematologi, bedah neuro, pembedahan plastik, dan pediatrik surgeri. Perkhidmatan pengimejan dilengkapkan dengan peralatan MRI CT scan dan mesin mammography.

Hospital Raja Permaisuri Bainun ini juga berfungsi sebagai hospital latihan untuk penuntut perubatan, pelatih jururawat dan anggota kesihatan bersekutu dari institut pengajian tinggi awam dan swasta. Hospital ini juga merupakan hospital latihan untuk doktor siswazah.Bagi aspek pencapaian kualiti, Hospital ini telah menerima anugerah sijil MS ISO 9001 pada tahun 2005 dan sijil akreditasi hospital pada tahun 2006. Hospital ini juga telah diberi status hospital rakan bayi sejak tahun 1996.






2. VISI & MISI

VISI

Ke arah memodenkan pentadbiran HRPB dengan teknologi ICT yang terkini dan melahirkan  warga hospital yang membudayakan ICT untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan cekap.

MISI

Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infrostruktur yang bertaraf nasional seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi menjamin sistem perkhidmatan sentiasa boleh dicapai setiap masa dan di mana-mana secara online.

3. SLOGAN

Ke Arah Warga Hospital Yang Membudayakan ICT.



                                  4. OBJEKTIF UMUM

Menyediakan perkhidmatan ICT yang cekap kepada semua jabatan dan unit bagi meningkatkan kualiti operasi harian HRPB.


5. LOGO

6. CARTA ORGANISASI