DEDIKASI
PENGHARGAAN
“Khusus untuk bonda tersayang iaitu Puan Konira Bt Rahim dan ayahanda
Encik Zainal Amri Bin Mohd Razali serta seisi keluarga yang telah banyak
memberikan sokongan, dorongan dan nasihat kepada saya, tidak lupa juga kepada warga Unit IT
Hospital Raja Permaisuri Bainun telah memberi peluang saya membuat latihan praktikal disini. Tanpa rakan-rakan seperjuangan di
Politeknik Balik Pulau, dan saudara-mara terdekat yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan
laporan inisentiasa memberi
sokongan dan dorongan sepenuhnya.”
“JASAMU DIKENANG”
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana
dengan segala limpah dan kurnia yang telah di berikan kepada saya, akhirnya
berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama
hampir 5bulan seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Terlebih dahulu, saya Nur Khairunnisa
Binti Zainal Amri (21DIP14F1069) dari jurusan Diploma Teknologi Maklumat
(Pengaturcaraan) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Hospital
Raja Permaisuri Bainun (HRPB) , Ipoh kerana dengan murah hatinya mengizinkan
saya mengambil kesempatan yang amat berharga ini untuk menjalani program
Latihan Industri. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Unit IT
HRPB dan banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam
tempoh 20 minggu berada di Unit IT HRPB.
Bahagian Teknologi Maklumat, saya telah
didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Jikalau di Politeknik Balik
Pulau, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan
amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di Unit IT HRPB, disamping
menambah ilmu didalam bentuk teori, saya turut terdedah kepada bentuk praktikal
di mana saya dapat mempraktikkan segala pengetahuan yang saya ada.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya
ucapkan kepada Encik Ibrahim Bin Abdullah kerana sudi menerima saya menjalani
Latihan Industri di Unit IT HRPB, Ipoh. Beliau banyak memberikan nasihat,
dorongan dan kata-kata peransang kepada saya. Tidak lupa juga kepada ahli
majlis di Unit IT HRPB yang sudi memberi tunjuk ajar, nasihat, bekerjasama
dalam urusan kerja seharian dan kata-kata peransang yang tidak mungkin akan
saya lupakan. Tidak lupa juga, kepada keluarga tercinta ibu ayah, tanpa
sokongan anda, saya tidak mungkin berjaya dalam menjalankan Latihan Industri
ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan
kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pinang di atas tunjuk ajar dan
panduan yang diberikan oleh mereka dalam menyediakan Buku Laporan Industri ini.
Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat
menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan
buku laporan saya ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment