1. KESIMPULAN
2. PENGAKUAN PELAJAR
Setelah saya menjalani latihan industri di Hospital
Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saya telah mengetahui dan mempelajari alam
pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya saya amat bangga dengan apa yang saya
pelajari dan saya bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan industri ini
dengan pengalaman yang amat berguna untuk masa depan. Pengalaman ini bukan
sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang baru, malah ia memberi
pendedahan awal kepada saya sebelum saya menjalani alam pekerjaan yang sebenar.
Selain itu, saya juga ingin
membuktikan bahawa apa yang mempelajari di dalam kelas amat berguna bagi
menempatkan diri di dalam alam pekerjaan sebenar kelak. Pelajar juga akan lebih
menyedari bahawa pentingnya subjek yang dipelajari sebagai pegangan dalam
meneruskan cita-cita yang ingin dikehendaki walaupun teori yang dipelajari
tidak semestinya sama dengan yang dilakukan sewaktu tempoh latihan industri
namun kesungguhan dan semangat amat penting sebelum menceburi diri di alam
pekerjaan.
Banyak ilmu yang saya perolehi
ketika menjalani program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang diterapkan dan
dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk melangkah
ke alam pekarjaan nanti. Latihan ini banyak membimbing pelajar yang tidak
mengetahui akan kos tambahan yang diambil dan dipelajari semasa di Politeknik.
Pada kesimpulannya, latihan
industri sememangnya program yang amat baik dan dapat melahirkan potensi kepada
pelajar untuk lebih berkualiti di dalam bidang yang mereka ingin ceburi pada
masa kini. Semasa latihan juga, saya telah merasai bagaimana suasana sebenar di
alam pekerjaan, serta hubungan yang baik iaitu saling bantu - membantu dan
berkerjasama di sepanjang saya menjalani latihan industri.
2. PENGAKUAN PELAJAR
No comments:
Post a Comment